Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2012

Seksyen 3

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 178

peraturan yang berikut:

“Sarang Burung Yang Boleh Dimakan dan Hasil Sarang Burung Yang Boleh

Dimakan

Sarang burung yang boleh dimakan

P.U. (A) 35 3 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung yang boleh dimakan ialah sarang burung yang dihasilkan daripada bahan berkanji dalam air liur yang dirembeskan dalam dua kelenjar air liur sublingual burung walit daripada spesis Aerodramus iaitu Aerodramus fuciphogus, Aerodramus maximus atau spesis Collocalia yang sesuai untuk dimakan oleh manusia.

(2)

Sarang burung yang boleh dimakan boleh menjalani proses pembersihan termasuk pengasingan, perendaman, pencabutan bulu dan bendasing, pembentukan dan pengeringan.

(3)

Sarang burung yang boleh dimakan yang mentah dan telah menjalani proses pembersihan di bawah subperaturan (2) hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 30 miligram setiap kilogram (mg/kg) nitrit yang hadir secara semula jadi.”.

Dibuat 27 Januari 2012

[KKM-163/S/6; PN(PU2)418/XVII]

DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 35 4

FOOD ACT 1983

FOOD (AMENDMENT) REGULATIONS 2012