Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2016

Seksyen 3

Pindaan peraturan 361

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dan dalam peraturan 386” dengan perkataan “, 386 dan 386A”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(2A) Maka hendaklah ditulis pada label di atas sesuatu bungkusan huruf yang berciri bukan serif tidak kurang daripada

P.U. (A) 145 3

penghurufan bersaiz 12 poin, perkataan “MEMINUM ARAK BOLEH

MEMBAHAYAKAN KESIHATAN”;

(c)

dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “lapan belas”

dengan perkataan “dua puluh satu”;

(d)

dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:

“(5)

Apa-apa minuman beralkohol yang dipamerkan untuk jualan di mana-mana kedai runcit atau kaunter jualan hendaklah dipamerkan di kabinet atau rak pameran yang berasingan daripada kabinet atau rak pameran yang digunakan untuk makanan.”;

(e)

dengan memasukkan selepas subperaturan (5) subperaturan yang berikut:

“(5A) Mana-mana orang yang menjual minuman beralkohol hendaklah—

(a)

meletakkan suatu notis dalam huruf besar penghurufan yang berhuruf hitam tebal yang berciri bukan serif, tidak kurang daripada penghurufan bersaiz 48 poin berlatar belakang merah yang mengandungi perkataan “MEMINUM ARAK BOLEH

KESIHATAN”

sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Puluh B di hadapan lokasi di mana minuman beralkohol dipamerkan untuk jualan; dan

(b)

mempamerkan suatu tanda secara mudah dilihat tentang larangan jualan minuman beralkohol kepada mana-mana orang di bawah umur dua puluh satu

P.U. (A) 145 4

tahun sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Kedua Puluh C di kaunter minuman beralkohol yang ditawarkan untuk jualan.”;

(f)

dalam subperaturan (6), dengan menggantikan perkataan “sebagai makanan yang tidak distandardisasikan di tempat lain” dengan perkataan

“di bawah peraturan 395 sebagai makanan yang tidak distandardisasikan di tempat lain dan hendaklah dilarang untuk dijual”; dan

(g)

dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:

“(7) Bagi maksud peraturan ini, “kabinet pameran” ertinya mana-mana ruang, kepungan atau bekas dengan atau tanpa penyejukan.

(8)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi subperaturan (2),

(2A)

, (3), (4), (5) dan (5A) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.”.

Peraturan baharu 386A

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2016