Malaysia legislation

Section 386A

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2016

Seksyen 386A

(a)

hendaklah terdiri daripada campuran dua atau lebih jenis spirit;

(b)

hendaklah mengandungi etil alkohol yang ditambah, yang berasal daripada pertanian atau sulingan yang berasal daripada pertanian;

“ Sebatian

Minuman

Keras

P.U. (A) 145 5

(c)

hendaklah mengandungi sama banyak atau lebih banyak daripada 32.5 peratus isipadu per isipadu alkohol; dan

(d)

hendaklah bukan daripada minuman beralkohol sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan 377 hingga 384 dan peraturan 386.

(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam

Peraturan-Peraturan ini, sebatian minuman keras hendaklah dibungkus dalam suatu botol kaca dan isipadu minimumnya hendaklah tidak kurang daripada 700 ml.

(3)

Maka hendaklah ditulis pada panel paparan utama pada label di atas sesuatu bungkusan yang mengandungi sebatian minuman keras, perkataan “sebatian minuman keras” mengikut subperaturan 12(2).

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), perkataan

“sebatian” tidak boleh digabungkan dengan nama mana-mana minuman beralkohol yang lain di bawah Peraturan-Peraturan ini.

(5)

Maka hendaklah juga ditulis pada label di atas sesuatu bungkusan yang mengandungi sebatian minuman keras, perkataan “Sebatian di…...” dalam saiz penghurufan tidak kurang daripada 4 poin yang menyatakan nama negara di mana pencampuran dibuat.”.

Jadual baharu Kedua Puluh B dan Kedua Puluh C

Section 386A — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2016