Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2020

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985] dipinda dalam peraturan 386a—

(a)

dengan menggantikan perenggan (1)(a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) hendaklah mengandungi etil alkohol daripada sulingan yang berasal daripada hasil pertanian;”;

866

P.U. (A) 100.

(b)

dengan menggantikan perenggan (1)(b) dengan perenggan yang berikut:

“(b) boleh mengandungi spirit sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan 377 atau etil alkohol daripada penapaian yang berasal daripada hasil pertanian atau kedua-duanya;”;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1a) Sebatian minuman keras boleh mengandungi bahan pemanis yang dibenarkan dan bahan perisa yang dibenarkan.”;

(d)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “700” dengan perkataan “350”; dan

(e)

dengan memotong subperaturan (5).

Dibuat 25 Mac 2020

[KKM.600-1/1/35 JLD. 2(35); PN(PU2)418/XXVI]

Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba

Menteri Kesihatan

FOOD ACT 1983

Food (Amendment) Regulations 2020

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) 2020