Seksyen 2
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985] yang disebut sebagai
of Peraturan-Peraturan Makanan (Pindaan) (No. 2) 2012
“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda–
(a)
dengan menggantikan perkataan “kanak-kanak” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “kanak-kanak kecil”, kecuali bagi peraturan 91B dan
Daftar IA, IB, IC, ID dan IE Jadual Keempat Belas;
(b)
dengan menggantikan perkataan “Pengarah Perkhidmatan Kesihatan” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “Pengarah”;
(c)
dengan menggantikan perkataan “b/b” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “berat bagi setiap berat”;
(d)
dengan menggantikan perkataan “b/i” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “berat bagi setiap isi padu”;
(e)
dengan menggantikan perkataan “i/i” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “isi padu bagi setiap isi padu”; dan
(f)
dengan menggantikan perkataan “i/b” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “isi padu bagi setiap berat”.
P.U. (A) 313 3
Pindaan peraturan 2