Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2012

Seksyen 3

“Peraturan-Peraturan ibu” dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda–

(a)

dengan memasukkan selepas tafsiran “bahagian bagi setiap peratus

(bsp)” tafsiran yang berikut:

‘ “bayi” ertinya seseorang yang baru lahir sehingga berumur dua belas bulan; ’;

(b)

dengan memasukkan selepas tafsiran “bungkusan luar” tafsiran yang berikut:

‘ “kanak-kanak kecil” ertinya seseorang yang berumur lebih daripada dua belas bulan hingga tiga tahun; ’; dan

(c)

dengan memasukkan selepas tafsiran “pembungkus tambahan” tafsiran yang berikut:

‘ “profesional kesihatan” ertinya pentadbir hospital, doktor perubatan, pegawai pemakanan, pegawai teknologi makanan, pegawai dietetik, pegawai farmasi, pegawai pendidikan kesihatan, pekerja sosial perubatan dan ketua kepada jururawat yang bekerja dalam sistem penjagaan kesihatan; ’.

Pindaan peraturan 11

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2012