Malaysia legislation

Section 91B

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2012

Seksyen 91B

(2)

Bagi maksud peraturan ini, “kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur daripada dua belas bulan hingga sembilan tahun.

(3)

Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak–

(a)

hendaklah mengandungi–

(i)

nutrien seperti yang ditetapkan dalam ruang (1)

Daftar I Jadual Keenam Belas AA, dalam jumlah tidak kurang daripada seperti yang ditetapkan di dalam ruang (2) Daftar;

(ii)

tidak kurang daripada 11.2 g bagi setiap 100 g lemak dan tidak lebih daripada 25 g bagi setiap 100 g lemak;

dan

(iii)

tidak kurang daripada 7 g bagi setiap 100 g protein daripada susu; dan

(b)

boleh mengandungi bahan makanan lain yang sesuai termasuk koko, madu, jagung, soya, bijirin dan buah-buahan;

(c)

boleh mengandungi kultur yang menghasilkan L(+) asid laktik;

(d)

boleh mengandungi sukrosa, glukosa, fruktosa, sirap glukosa dan dekstrosa sebagai bahan pemanis yang dibenarkan.

Jumlah keseluruhan kandungan sukrosa dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak hendaklah tidak melebihi 12 g bagi setiap 100 g. Bagi susu tepung rumusan kanak-kanak

P.U. (A) 313 6

pelbagai perisa, jumlah keseluruhan kandungan sukrosa hendaklah tidak melebihi 20 g bagi setiap 100 g;

(e)

boleh mengandungi ramuan pilihan seperti yang ditetapkan dalam ruang (1) Daftar II Jadual Keenam Belas AA dalam jumlah yang tidak melebihi perkadaran maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan bertentangan dengannya dalam ruang (2) Daftar tersebut; dan

(f)

boleh mengandungi–

(i)

kondisioner makanan yang dibenarkan;

(ii)

bahan perisa yang dibenarkan;

(iii)

bahan pewarna yang dibenarkan; dan

(iv)

antipengoksida yang dibenarkan seperti yang berikut:

(a)

pekatan tokoferol campuran atau-tokoferol, secara tunggal atau dalam kombinasi, tidak melebihi 20 mg bagi setiap 100 g susu tepung;

dan

(b)

L-askorbil palmitat atau asid L-askorbik dan garam natrium atau kalsiumnya, secara tunggal atau dalam kombinasi, tidak melebihi 33 mg bagi setiap 100 g susu tepung, yang dinyatakan sebagai asid askorbik.

(4)

Nutrien yang ditetapkan dalam Daftar I Jadual Kedua Belas boleh ditambah ke dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak.

P.U. (A) 313 7

(5)

Maka hendaklah ditulis pada label atas sesuatu bungkusan yang mengandungi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak–

(a)

dalam penghurufan tidak kurang daripada 12 poin, kecuali bagi bungkusan di bawah 250 g–

(i)

perkataan “Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak”; dan

(ii)

kumpulan umur yang disyorkan;

(b)

dalam penghurufan tidak kurang daripada 10 poin dan dalam huruf tebal pernyataan berikut:

(i)

“TIDAK SESUAI UNTUK BAYI DI BAWAH UMUR

DUA BELAS (12) BULAN”;

(ii)

“SUSU IBU ADALAH MAKANAN TERBAIK UNTUK

BAYI”; dan

(iii)

“PRODUK INI BUKAN SATU-SATUNYA MAKANAN

UNTUK KANAK-KANAK”;

(c)

jumlah tenaga yang dinyatakan dalam kilokalori (kcal) bagi setiap 100 g atau bagi setiap bungkusan, atau dinyatakan dalam kilojoule (kJ) bagi setiap 100 g atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap hidangan sebagaimana yang dinyatakan kuantitinya pada label;

(d)

jumlah protein, lemak dan karbohidrat yang dinyatakan dalam gram bagi setiap 100 g atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan

P.U. (A) 313 8

bagi setiap hidangan sebagaimana yang dinyatakan kuantitinya pada label;

(e)

jumlah nutrien yang ditetapkan dalam ruang (1) Daftar I

Section 91B — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2012