Malaysia legislation

Section 360D

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2019

Seksyen 360D

(2)

Minuman elektrolit isotonik hendaklah memenuhi osmolariti 250 hingga 340 miliosmol/L.

P.U. (A) 104 3

(3)

Minuman elektrolit isotonik hendaklah mengandungi—

(a)

tidak kurang daripada 230 mg/L atau 10 mmol/L dan tidak lebih daripada 920 mg/L atau 40 mmol/L natrium; dan

(b)

tidak kurang daripada 30 g/L dan tidak lebih daripada 100 g/L keseluruhan glukosa, fruktosa, sukrosa, dekstrosa atau maltodekstrin tetapi fruktosa tidak lebih daripada 50 g/L .

(4)

Minuman elektrolit isotonik boleh mengandungi karbon dioksida dan bahan perisa yang dibenarkan.

(5)

Maka hendaklah ditulis pada label bungkusan minuman elektrolit isotonik—

(a)

osmolariti minuman elektrolit isotonik yang diukur dalam miliosmol/L; dan

(b)

amaun natrium dalam mg bagi setiap 100

ml atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu hanya mengandungi satu bahagian dan satu hidangan yang dinyatakan kuantitinya pada label dalam panel maklumat pemakanan.

P.U. (A) 104 4

(6)

Maka hendaklah ditulis pada panel pamer utama pada label suatu bungkusan minuman elektrolit isotonik—

(a)

perkataan

"MINUMAN

ELEKTROLIT

ISOTONIK" atau perkataan "MINUMAN

ELEKTROLIT ISOTONIK BERKARBONAT"

jika minuman elektrolit isotonik itu berkarbonat dan saiz huruf bagi perkataan itu hendaklah tidak kurang daripada huruf bersaiz 12 poin; dan

(b)

perkataan "bagi menggantikan kehilangan elektrolit disebabkan berpeluh selepas aktiviti fizikal aktif" dan saiz huruf bagi perkataan itu hendaklah tidak kurang daripada huruf bersaiz 10 poin.

Bes minuman elektrolit isotonik

Section 360D — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 2) 2019