Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Peraturan baharu 386B
Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985] dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 386A peraturan yang berikut:
“Minuman beralkohol yang dinyahalkohol
Minuman beralkohol yang dinyahalkohol 386B. (1) Minuman beralkohol yang dinyahalkohol ialah produk daripada minuman beralkohol yang standardnya ditetapkan dalam peraturan 362 hingga 386A, yang kandungan alkoholnya telah dikeluarkan dan yang mengandungi tidak lebih daripada 0.5 peratus isipadu bagi setiap isipadu alkohol.
(2)
Minuman beralkohol yang dinyahalkohol boleh mengandungi bahan pemanis yang dibenarkan dan bahan perisa yang dibenarkan.
(3)
Standard am bagi minuman beralkohol yang dinyatakan dalam subperaturan 361(2), (2A), (3), (4), (5), (5A),
(7)
dan (8) hendaklah terpakai bagi minuman beralkohol yang dinyahalkohol.
P.U. (A) 171 3
(4)
Hendaklah ditulis pada panel paparan utama pada label di atas sesuatu bungkusan yang mengandungi minuman beralkohol yang dinyahalkohol, perkataan “dinyahalkohol”
dalam penghurufan yang seragam digabungkan dengan nama minuman beralkohol.
(5)
Tidak boleh tertera pada label minuman beralkohol yang dinyahalkohol perkataan—
(a)
“sifar alkohol”, “0 alkohol”, “bebas alkohol”,
“tiada alkohol”, “tanpa alkohol” atau apa-apa perkataan atau pernyataan yang mempunyai makna yang sama; dan
(b)
“minuman ringan”, “jus” atau apa-apa perkataan atau pernyataan yang menyatakan, membayangkan atau menyifatkan bahawa minuman beralkohol yang dinyahalkohol itu ialah minuman ringan atau jus.” .
Dibuat 22 Mei 2020
[KKM.600-1/1/35 JLD. 2(35); PN(PU2)418/XXVII]
DATO’ SRI DR. ADHAM BIN BABA
Menteri Kesihatan
P.U. (A) 171 4
FOOD ACT 1983
FOOD (AMENDMENT) (NO. 2) REGULATIONS 2020