Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2012

Seksyen 2

Pindaan peraturan 22

“Peraturan-Peraturan ibu”

dalam

Peraturan-Peraturan ini, dipinda dengan menggantikan peraturan 22 dengan peraturan yang berikut:

“22. (1)

Dalam Peraturan-Peraturan ini, “bahan perisa” ertinya apa-apa bahan yang ditakrif secara kimia dengan sifat perisa sama ada dibentuk melalui sintesis kimia atau diperoleh daripada bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan.

(2)

Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, “bahan perisa asli” ertinya apa-apa bahan perisa yang diperoleh melalui proses fizik yang boleh menyebabkan perubahan yang tidak dapat dielakkan tetapi tidak disengajakan dalam struktur kimia komponen perisa itu, atau melalui proses enzimitik atau mikrobiologi daripada bahan yang berasal daripada tumbuhan atau haiwan, dan bukan bahasa perisa sintetik atau apa-apa bahan perisa yang dibentuk melalui sintesis kimia.

3

(3)

Bahan perisa dibenarkan adalah seperti yang berikut:

(a)

Bahan yang disenaraikan dalam sekurang-kurangnya satu daripada penerbitan berikut:

(i)

Generally Recognised As Safe (GRAS) Flavoring Substances yang diterbitkan oleh Flavor and Extract Manufacturers’

Association of the United States (FEMA) yang terkandung dalam Food Technology, suatu penerbitan oleh Institute of

Food Technologists; atau

(ii)

Flavourings, List of Codex Specifications for Food Additives,

(CAC/MISC 6); atau

(b)

Bahan perisa asli sama ada dalam keadaan mentah atau selepas diproses secara penyediaan tradisional termasuklah pengeringan, pemanggangan dan penapaian.

(4)

Walau apa pun subperaturan (3), penambahan bahan perisa ke dalam makanan adalah dilarang kecuali dibenarkan selainnya oleh Peraturan-Peraturan ini.

(5)

Walau apa pun subperaturan (3), penambahan bahan perisa yang dinyatakan dalam Daftar I Jadual Kelapan ke dalam makanan adalah dilarang.

(6)

Kadar maksimum yang dibenarkan bagi bahan toksik asli tertentu yang terhasil daripada penambahan bahan perisa asli ke dalam makanan dinyatakan dalam Daftar II Jadual Kelapan:

Dengan syarat jika lebih daripada satu bahan toksik asli itu ada, amaun setiap daripada bahan toksik asli yang ada itu hendaklah merupakan, apabila dinyatakan sebagai peratusan bagi amaun yang dibenarkan itu secara tunggal, jumlah beberapa peratusan yang tidak boleh melebihi satu ratus.

4

(7)

Penyediaan bahan perisa dibenarkan boleh mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan, antipengoksida yang dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan.”.

Pindaan peraturan 28

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2012