Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 28 dengan peraturan yang berikut:
“Barangan seramik 28.
(1)
Dalam Peraturan-Peraturan ini, “barangan seramik” bermaksud apa-apa peralatan atau bungkusan barang seramik yang digunakan sebagai barangan makanan, yang dibuat daripada tembikar tulang, porselin, tembikar kekaca, tembikar tanah liat termasuk tembikar batu besi dan tembikar batu yang digunakan atau bertujuan untuk digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan, untuk makanan manusia.
(2)
Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini
(a)
“porselin” atau biasanya dikenali sebagai “tembikar tulang yang setara” ertinya apa-apa tembikar putih seramik selain tembikar batu yang mempunyai jasad putih berbakar dengan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus dan lut cahaya dengan ketebalan beberapa milimeter;
(b)
“tembikar tulang” ertinya apa-apa barangan tembikar atau porselin yang jasadnya mengandungi 25 peratus atau lebih abu tulang semula jadi terkalsin atau trikalsium fosfat dan mempunyai penyerapan air tidak lebih daripada 0.4
peratus;
(c)
“tembikar kekaca” atau biasanya dikenali sebagai “tembikar vitreus” atau “tembikar halus” ertinya apa-apa jasad tembikar putih seramik kekaca yang putih, legap atau lut
5
cahaya dan mempunyai penyerapan air tidak lebih daripada 0.4 peratus;
(d)
“tembikar tanah liat” ertinya apa-apa tembikar putih seramik tak vitreus, berliang dan legap yang berglis atau tidak berglis atau berhias yang mengandungi tanah liat sebagai bahan utama dan boleh didapati dalam pelbagai warna, dan mempunyai penyerapan air tidak kurang daripada 3.0 peratus dan tidak lebih daripada 7.0 peratus mengikut berat;
(e)
“tembikar batu” bermaksud apa-apa tembikar putih seramik vitreus atau separa vitreus yang berglis atau tidak berglis atau berhias yang mengandungi tanah liat sebagai bahan utama dan boleh didapati dalam pelbagai warna, dan mempunyai penyerapan air tidak lebih daripada 3.0
peratus dan secara semula jadinya legap kecuali pada kepingan yang sangat nipis;
(f)
“pinggan mangkuk” bermaksud apa-apa barangan seramik yang mempunyai kedalaman di bahagian dalam tidak melebihi 25 milimeter yang diukur dari titik paling bawah hingga satah mengufuk melalui titik limpahan; dan
(g)
“barang cembung” bermaksud apa-apa barangan seramik yang mempunyai kedalaman di bahagian dalam lebih daripada 25 milimeter yang diukur dari titik paling bawah hingga satah mengufuk melalui titik limpahan. Barang cembung boleh dikenal pasti sebagai besar atau kecil mengikut isiannya seperti yang berikut:
(i)
Barang cembung besar: barang cembung dengan isian 1.1. liter atau lebih.
6
(ii)
Barang cembung kecil: barang cembung dengan isian kurang daripada 1.1 liter.
(3)
Bagi maksud subperaturan (1), barangan seramik dikelaskan berdasarkan kategori yang berikut:
(a)
Kategori A: porselin, tembikar tulang, tembikar halus, tembikar kekaca atau pengkelasan barangan seramik yang lain dengan penyerapan air tidak lebih daripada 0.4
peratus.
(b)
Kategori B: tembikar tanah liat dan tembikar batu.
(4)
Tiada seorang pun boleh mengimport, mengilang, mengiklankan untuk jualan atau menjual apa-apa barangan seramik yang bertujuan untuk digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan melainkan jika barangan seramik itu diuji mengikut Malaysian Standard MS ISO 6486-1, Ceramic ware, glass ceramic ware and glass dinnerware in contact with food –
Release of lead and cadmium – Part 1: Test method, dan jumlah plumbum dan kadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tersebut tidak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam Daftar I Jadual Ketiga Belas.
(5)
Barangan seramik hendaklah juga mematuhi spesifikasi yang dinyatakan dalam Daftar II Jadual Ketiga Belas.
(6)
Mana-mana orang yang mengimport, mengilang, mengiklankan untuk jualan atau menjual barangan seramik hendaklah memastikan bahawa setiap barangan seramik dilabel secara jelas dan kekal dengan maklumat yang berikut:
(a)
Nama, tanda dagangan atau apa-apa cara lain untuk mengenal pasti pengilang atau pembekal;
7
(b)
Nama negara asal produk itu;
(c)
Salah satu daripada pengkelasan yang berikut:
(i)
Tembikar tulang;
(ii)
Porselin;
(iii)
Tembikar kekaca;
(iv)
Tembikar tanah liat;
(v)
Tembikar batu; atau
(vi)
Apa-apa pengkelasan lain barangan seramik termasuklah terracotta; dan
(d)
Perkataan ‘UNTUK SENTUHAN MAKANAN’, atau suatu simbol sebagaimana yang dinyatakan dalam Daftar III Jadual Ketiga
Belas.
(7)
Bagi maksud subperaturan (6), maklumat itu hendaklah mudah dilihat dan jelas, dan
(a)
jika barangan seramik disediakan, dikilang atau dibungkus di Malaysia, dalam bahasa Melayu; atau
(b)
jika barangan seramik diimport, dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris, dan dalam mana-mana keadaan boleh termasuk terjemahannya dalam apa-apa bahasa lain.”.
8
Pindaan peraturan 133