Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Peraturan 133 Peraturan-Peraturan ibu dipinda –
(a)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2B) subperaturan yang berikut:
“(2C) Neotame boleh ditambah kepada makanan yang dinyatakan dalam ruang (1) Daftar III Jadual Ketujuh Belas dalam kadar yang tidak lebih daripada kadar maksimum yang dibenarkan yang dinyatakan dalam ruang (2) mengenainya.”;
(b)
dengan memotong subperaturan (5), (6), (7), (8), (9), (10) dan (11); dan
(c)
dengan memasukkan selepas subperaturan (13) subperaturan yang berikut:
“(14) Perkataan “TIDAK SESUAI BAGI FENILKETONURIK”
hendaklah ditulis dalam label pada suatu bungkusan yang mengandungi makanan yang padanya neotame telah ditambah, dalam penghurufan yang tidak kurang daripada 10 poin perkataan.”.
Pindaan peraturan 167