Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Peraturan 167 Peraturan-Peraturan ibu dipinda –
(a)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2) Bebola ikan atau kek ikan boleh mengandungi pengawet yang dibenarkan, penambah perisa yang dibenarkan dan kondisioner makanan yang dibenarkan termasuk transglutaminase.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
9
“(3) Bebola ikan atau kek ikan hendaklah disimpan pada suhu 5°C bagi maksud penstoran, pengangkutan dan penjualan bebola ikan atau kek ikan itu.
(4)
Perkataan “disimpan di bawah suhu 5°C” hendaklah ditulis dalam label bungkusan yang mengandungi bebola ikan atau kek ikan.”.
Pindaan peraturan 253