Malaysia legislation

Section 43

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017

Seksyen 43

(a)

gandum biasa (Triticum aestivum L.);

(b)

gandum klub (Triticum compactum Host); atau

(c)

suatu campuran antara gandum biasa (Triticum aestivum L.) dengan gandum klub (Triticum compactum Host).

P.U. (A) 200 3

(2)

Tepung gandum hendaklah hasil halus, bersih dan baik yang diperoleh melalui proses pengisaran atau pengilangan gandum yang baik dan bersih.

(3)

Tepung gandum boleh—

(a)

mengandungi asparaginase, amylase, amyloglucosidase, cellulase, glucose oxidase, protease dan lipase sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan; dan

(b)

ditambah dengan tidak lebih daripada 0.75 peratus gandum malt atau barli malt.

(4)

Melainkan sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, tepung gandum—

(a)

tidak boleh mengandungi lebih daripada—

(i)

14 peratus lembapan; dan

(ii)

1 peratus abu dihitung atas asas 14 peratus lembapan; dan

(b)

hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 7 peratus protein dihitung atas asas 14 peratus lembapan.

(5)

Saiz zarah tepung gandum hendaklah tidak kurang daripada 98 peratus yang boleh menembusi penapis bersaiz 0.20 mm.

P.U. (A) 200 4

(6)

Walau apa pun subperaturan 26(7), label yang memperihalkan tepung gandum tidak boleh mengandungi perkataan “tepung diperkaya” atau apa-apa perkataan lain yang mempunyai makna yang sama melainkan nutrien yang berikut terkandung dalam 100 gm tepung gandum atas asas 14 peratus lembapan yang tidak kurang daripada—

(a)

0.42 mg thiamina;

(b)

0.48 mg riboflavin; dan

(c)

5.4 mg niasin.”.

Penggantian peraturan 44 4.

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 44 dengan peraturan yang berikut:

“Tepung gandum diluntur berklorin

Section 43 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017