Malaysia legislation

Section 44

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017

Seksyen 44

(2)

Amaun klorin yang ditambah pada tepung gandum diluntur berklorin tidak boleh melebihi 1,500 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg).

(3)

Tepung gandum diluntur berklorin tidak boleh mengandungi lebih daripada 0.6 peratus abu dihitung atas asas 14 peratus lembapan.”.

P.U. (A) 200 5

Pindaan peraturan 45 5.

Subperaturan 45(2) Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam perenggan (a)—

(i)

dalam subperenggan (i), dengan menggantikan perkataan “air”

dengan perkataan “lembapan”; dan

(ii)

dengan menggantikan subperenggan (ii) dengan subperenggan yang berikut:

“(ii) 39 peratus kanji dihitung atas asas 10 peratus lembapan;”; dan

(b)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan “12 peratus nitrogen dihitung atas asas tanpa air” dengan perkataan “61 peratus protein dihitung atas asas 10 peratus lembapan”.

Pindaan peraturan 46 6.

Peraturan 46 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan perkataan “hendaklah tepung” dengan perkataan

“hendaklah tepung gandum”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “2.7 peratus nitrogen dihitung atas asas tanpa air” dengan perkataan “13.2 peratus protein dihitung atas asas 14

peratus lembapan”.

P.U. (A) 200 6

Pindaan peraturan 47 7.

Peraturan 47 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “0.64 peratus karbon dioksida” dengan perkataan “0.58 peratus karbon dioksida dihitung atas asas berat kering”;

(b)

dalam subperaturan (2) —

(i)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (a);

(ii)

dengan menggantikan noktah di hujung perenggan (b) dengan perkataan “; dan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (b) perenggan yang berikut:

“(c) tidak boleh mengandungi lebih daripada 2.75 peratus abu dihitung atas asas 14 peratus lembapan.”.

Pindaan peraturan 48 8.

Peraturan 48 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Tepung gandum penuh—

(a)

hendaklah mengandungi—

(i)

tidak kurang daripada 1.72 peratus serat kasar dihitung atas asas 15 peratus lembapan; dan

P.U. (A) 200 7

(ii)

tidak kurang daripada 10 peratus protein dihitung atas asas 15 peratus lembapan;

(b)

tidak boleh mengandungi lebih daripada 15 peratus lembapan; dan

(c)

tidak boleh menghasilkan lebih daripada 2 peratus abu dihitung atas asas 15 peratus lembapan.”; dan

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (3) subperaturan yang berikut:

“(4) Saiz zarah tepung gandum penuh hendaklah tidak kurang daripada 50 peratus yang boleh menembusi penapis bersaiz 0.85 mm.".

Peraturan baharu 48A dan 48B

Section 44 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017