Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017

Seksyen 9

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 48

peraturan yang berikut:

“Tepung roti 48A. “(1) Tepung roti hendaklah hasil yang diperoleh daripada tepung gandum yang hendaklah mengandungi—

(a)

tidak lebih daripada 0.7 peratus abu dihitung atas asas 14 peratus lembapan; dan

(b)

tidak kurang daripada 12 peratus protein dihitung atas asas 14 peratus lembapan.

(2)

Tepung roti boleh mengandungi tidak lebih daripada 100 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg) kalsium peroksida sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan.

P.U. (A) 200 8

Tepung atta 48B. (1) Tepung atta hendaklah hasil yang diperoleh daripada tepung gandum dengan kadar pengekstrakan sekurang-kurangnya 90 peratus gandum.

(2)

Tepung atta—

(a)

tidak boleh mengandungi—

(i)

lebih daripada 2 peratus abu dihitung atas asas 14 peratus lembapan; dan

(ii)

gandum malt atau barli malt; dan

(b)

hendaklah mengandungi tidak kurang daripada—

(i)

9

peratus protein dihitung atas asas 14 peratus lembapan; dan

(ii)

1.72 peratus serat kasar dihitung atas asas 14 peratus lembapan.

(3)

Saiz zarah tepung atta hendaklah yang boleh menembusi penapis bersaiz 0.50 mm.”.

Dibuat 13 Jun 2017

[KKM. 600-1/1/35; PN(PU2)418/XXIV]

DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 200 9

FOOD ACT 1983

FOOD (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2017

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2017