Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Penggantian peraturan 178A
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 178A dengan peraturan yang berikut:
“Sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan 178A. (1) Bagi maksud Peraturan-Peraturan ini, sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan—
(a)
ialah rembesan dari kelenjar air liur daripada burung walit genus Aerodramus dan genus
Collocalia; dan
P.U. (A) 169 4
(b)
hendaklah menjalani proses pembersihan termasuklah pengasingan, perendaman, penyingkiran bulu dan kotoran, dengan atau tanpa pengeringan.
(2)
Bagi maksud perenggan (1)(b), amilase, lipase dan protease boleh digunakan sebagai enzim yang dibenarkan semasa proses pembersihan, satu-satu atau dicampur, dan kadar maksimum yang dibenarkan hendaklah ditentukan melalui amalan pengilangan baik.
(3)
Sarang burung mentah bersih yang boleh dimakan hendaklah mengandungi tidak lebih daripada 30 miligram bagi setiap kilogram (mg/kg) nitrit yang hadir secara semula jadi.”.
Pindaan peraturan 269A