Malaysia legislation

Section 7

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2019

Seksyen 7

Peraturan 269A Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan memasukkan selepas perkataan “gula”

perkataan “, dekstrosa, glukosa atau madu”; dan

(b)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “kondisioner makanan” dengan perkataan “bahan perisa”.

Pindaan peraturan 340 8.

Peraturan 340 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperenggan (2)(b)(ii) dengan menggantikan perkataan “10”

dengan perkataan “7”; dan

P.U. (A) 169 5

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(2A) Sos soya, sos kacang soya atau kicap hendaklah disteril secara komersil, dengan aktiviti air (aw) lebih rendah daripada 0.85 pada suhu 25oC atau pH kurang daripada 4.5.”.

Pindaan peraturan 375 9.

Subperaturan 375(1) Peraturan-Peraturan ibu dipinda —

(a)

dengan memasukkan selepas perkataan “bijian lain” perkataan “dan hendaklah termasuk sake”; dan

(b)

dengan menggantikan perkataan “15” dengan perkataan “20”.

Pindaan peraturan 384 10.

Peraturan 384 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “Sam Cheng” perkataan “dan Sochu”.

Pindaan peraturan 395 11.

Peraturan 395 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam teks bahasa kebangsaan dengan menggantikan perkataan “tak” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “tidak”; dan

(b)

dalam subperaturan (4), dengan menggantikan perkataan “Apa-apa”

dengan perkataan “Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini, apa-apa”.

Dibuat 21 Mei 2019

[KKM. 600-1/1/35; PN(PU2)418/XXIV]

DATUK SERI DR. DZULKEFLY AHMAD

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 169 6

FOOD ACT 1983

FOOD (AMENDMENT) (NO. 3) REGULATIONS 2019

Section 7 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2019