Malaysia legislation
Section 382
Seksyen 382
(1)
Vodka hendaklah minuman spirit yang dihasilkan dengan penyulingan penapaian beralkohol sumber karbohidrat seperti ubi kentang dan bijirin.
(2)
Vodka hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 37 peratus isi padu bagi setiap isi padu alkohol.
(3)
Vodka boleh mengandungi bahan pemanis yang dibenarkan.
(4)
Vodka berperisa hendaklah vodka yang telah ditambah bahan perisa yang dibenarkan dan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada 30 peratus isi padu bagi setiap isi padu alkohol.
(5)
Suatu bungkusan yang mengandungi vodka berperisa hendaklah dilabel dengan perkataan “vodka berperisa”.”.
Pindaan peraturan 383