Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2025

Seksyen 4

Peraturan 362 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1)—

P.U. (A) 345 3

(i)

dengan menggantikan perkataan “jus anggur atau jus anggur dan lain-lain bahagian anggur atau hasil bancuhan jus anggur pekat dengan air minuman atau kombinasinya” dengan perkataan

“anggur segar, sama ada dihancurkan atau tidak, atau musta anggur”;

(ii)

dengan menggantikan perkataan “15 peratus” dengan perkataan

“24 peratus”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:

“(1A) Musta anggur hendaklah hasil cecair yang diperoleh semula jadi atau secara proses fizikal daripada anggur segar yang mengandungi tidak lebih daripada 1 peratus alkohol.”;

(b)

dalam subperaturan (2)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “urea dan”;

(ii)

dalam perenggan (c), dengan memasukkan selepas perkataan

“oksigen;” perkataan “dan”;

(iii)

dalam perenggan (d), dengan menggantikan perkataan “; dan”

di hujung perenggan itu dengan noktah; dan

(iv)

dengan memotong perenggan (e);

(c)

dengan memotong subperaturan (3);

(d)

dengan menggantikan subperaturan (5) dengan subperaturan yang berikut:

P.U. (A) 345 4

“(5)

Tiada suatu bungkusan yang mengandungi wain boleh dilabel dengan perkataan “sparkling” atau apa-apa perkataan yang sama ertinya melainkan jika karbon dioksida dalam wain itu wujud secara semula jadi semata-mata oleh sebab penapaian.”;

(e)

dengan menggantikan subperaturan (6) dengan subperaturan yang berikut:

“(6)

Tiada suatu bungkusan yang mengandungi sparkling wine boleh dilabel dengan perkataan “champagne” atau apa-apa perkataan yang sama ertinya melainkan jika sparkling wine itu dihasilkan mengikut cara penapaian tradisional dalam botol.”; dan

(f)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(6)

subperaturan yang berikut:

“(7)

Tiada suatu bungkusan yang mengandungi wain boleh dilabel dengan perkataan “icewine” atau apa-apa perkataan yang sama ertinya melainkan jika wain itu telah dihasilkan secara eksklusif daripada anggur yang beku secara semula jadi pada pokok anggur.”.

Pindaan peraturan 363

Section 4 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 3) 2025