Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2019

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985] dipinda dalam peraturan 139A—

(a)

dalam subperaturan

(1)

, dengan menggantikan perkataan

“produk berbentuk sfera atau menyerupai produk berbentuk sfera” dengan perkataan “bahagian melintang suatu produk berbentuk sfera atau bukan sfera”;

(b)

dalam subperaturan (2), dengan memasukkan selepas perkataan

“konfeksi jeli terkawal” perkataan “yang mengandungi konjak atau disebut juga sebagai glucomannan, konnyaku, konjonac, serbuk taro atau tepung keladi”; dan

P.U. (A) 299 2

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(3)

Hendaklah ditulis pada panel pamer utama pada label sesuatu bungkusan yang mengandungi konfeksi jeli terkawal perkataan

“AMARAN: BOLEH MENYEBABKAN RISIKO TERCEKIK” dan perkataan

“TIDAK SESUAI BAGI KANAK-KANAK DI BAWAH UMUR 3 TAHUN” dalam huruf besar tebal yang bukan tulisan serif dan tidak boleh lebih kecil daripada 12 poin.”.

Dibuat 6 September 2019

[KKM. 600-1/3/77 JLD.3 (12); PN(PU2)418/XXVII]

DATUK SERI DR. DZULKEFLY BIN AHMAD

Menteri Kesihatan

P.U. (A) 299 3

FOOD ACT 1983

FOOD (AMENDMENT) (NO. 4) REGULATIONS 2019

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2019