Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan memasukkan selepas peraturan 18E peraturan yang berikut:
“ Akuan fungsi lain 18F. (1) Dalam peraturan ini, “akuan fungsi lain” ertinya akuan yang memperihalkan kesan spesifik yang benefisial dari komponen makanan yang lain dalam makanan itu yang memberikan sumbangan positif kepada kesihatan atau peningkatan suatu fungsi badan.
(2)
Akuan fungsi lain tidak boleh membayangkan atau memasukkan apa-apa pernyataan yang membawa maksud bahawa nutrien itu mampu menyembuhkan atau merawat penyakit atau melindungi daripada penyakit.
(3)
Tiada label yang memperihalkan apa-apa makanan boleh memasukkan apa-apa akuan yang berhubungan dengan fungsi komponen makanan yang lain dalam badan melainkan jika makanan itu yang baginya akuan fungsi itu dibuat mematuhi amaun minimum komponen makanan lain dan syarat lain yang dinyatakan dalam Daftar IV kepada Jadual Kelima A.
(4)
Tiada label pada bungkusan yang berisi apa-apa makanan boleh mengandungi akuan fungsi lain kecuali akuan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan ini atau dengan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada
Pengarah.”.
P.U. (A) 209 14
Pindaan peraturan 19