Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2020

Seksyen 2

Peraturan-Peraturan Makanan 1985 [P.U. (A) 437/1985], yang disebut

(a)

dalam subperaturan (1)—

(i)

dalam perenggan (a), dengan memasukkan selepas perkataan

“ramuan utamanya” perkataan “atau jika tiada nama biasa bagi ramuan utamanya, kata-kata yang memperihalkan makanan itu dengan sebenarnya dan tidak mengelirukan”;

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan

(a)

perenggan yang berikut:

“(aa) sama ada bersama-sama atau berdekatan dengan nama makanan itu, perkataan tambahan berkenaan dengan sifat sebenar dan keadaan fizikal makanan itu;”;

(iii)

dalam perenggan

(ea), dengan menggantikan perkataan

“sebagai tambahan kepada kehendak yang ditetapkan dalam perenggan (1)(e), jika” dengan perkataan “jika”;

P.U. (A) 209 3

(iv)

dengan memasukkan selepas perenggan

(ea)

perenggan yang berikut:

“(eb)

bagi makanan yang dijual sebagai campuran atau kombinasi, suatu pernyataan mengenai peratusan berat atau isi padu ramuan sebenar itu hendaklah dinyatakan bersebelahan setiap ramuan sebenar itu—

(i)

jika ramuan sebenar yang digunakan dalam pengilangan makanan itu ditonjolkan pada label melalui perkataan, gambar atau grafik; atau

(ii)

jika ramuan sebenar yang digunakan dalam pengilangan makanan itu tidak termasuk dalam nama makanan itu tetapi penting untuk menggambarkan makanan itu;”;

(v)

dengan menggantikan perenggan

(g)

dengan perenggan yang berikut:

“(g)

jika makanan itu mengandungi aditif makanan—

(i)

dengan Sistem Pernomboran Antarabangsa

(INS)

bagi nombor aditif makanan, suatu pernyataan mengenai kelas fungsian aditif makanan yang berkenaan diikuti dengan nama aditif makanan itu atau nombor INS dalam kurungan; atau

(ii)

tanpa Sistem Pernomboran Antarabangsa (INS)

bagi nombor aditif makanan, hanya suatu pernyataan mengenai kelas fungsian dan nama aditif makanan itu;”;

P.U. (A) 209 4

(vi)

dengan memasukkan selepas perenggan

(g)

perenggan yang berikut:

“(ga)

jika makanan itu mengandungi aditif makanan lebih daripada satu kelas fungsian, suatu pernyataan mengenai satu kelas fungsian sahaja;”;

(b)

dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:

“(2A) Walau apa pun perenggan (1)(g), jika aditif makanan itu ialah suatu bahan perisa, hanya kelas fungsian hendaklah dinyatakan.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan (4) subperaturan yang berikut:

“(4A) Bagi maksud perenggan (1)(j), “negeri dari mana makanan itu berasal” ertinya negara di mana makanan yang dihasilkan itu kali terakhir menjalani perawatan atau proses yang menyebabkan berlakunya perubahan ketara dalam sifatnya.”; dan

(d)

dengan memasukkan selepas subperaturan (6) subperaturan yang berikut:

“(6A) Bagi maksud perenggan (1)(eb)—

(a)

pernyataan itu tidak dikehendaki—

(i)

jika kuantiti ramuan itu dikehendaki untuk dinyatakan oleh Peraturan-Peraturan ini;

(ii)

jika berat tos ramuan itu dikehendaki untuk dinyatakan oleh Peraturan-Peraturan ini; atau

(iii)

jika ramuan itu digunakan dalam kuantiti yang sedikit sebagai perisa.

P.U. (A) 209 5

(b)

dalam hal makanan yang hilang kelembapannya berikutan apa-apa perawatan—

(i)

peratusan mengikut berat atau isi padu ramuan itu hendaklah berpadanan dengan kuantiti ramuan yang digunakan dalam produk akhir; atau

(ii)

peratusan mengikut berat atau isi padu ramuan itu boleh digantikan dengan pernyataan mengenai berat ramuan yang digunakan untuk menyediakan 100 g atau 100 ml produk akhir jika kuantiti satu ramuan atau jumlah kuantiti semua ramuan yang dinyatakan pada label melebihi seratus peratus.”.

Pindaan peraturan 17

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2020