Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Pindaan peraturan 18
(a)
dalam subperaturan
(7)
, dengan menggantikan perkataan
“yang mempunyai makna yang sama melainkan jika makanan itu mematuhi kehendak yang dinyatakan dalam Standard Malaysian MS 1529:
Pengeluaran,
Pemprosesan,
Pelabelan dan
Pemasaran
Makanan
Berasaskan Tumbuhan yang Dihasilkan Secara Organik” dengan perkataan
“atau perkara perihalan yang mempunyai makna yang sama melainkan
P.U. (A) 209 6
jika makanan itu mematuhi kehendak yang ditetapkan atau diiktiraf oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (8) subperaturan yang berikut:
“(9)
Tiada label yang memperihalkan apa-apa makanan boleh mengandungi perkataan “diet khas” atau apa-apa perkataan lain yang sama kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Peraturan-Peraturan ini.
(10)
Tiada label yang memperihalkan apa-apa makanan boleh mengandungi perkataan “bijian penuh” atau “mil penuh” melainkan jika makanan itu mengandungi—
(a)
100% bijian penuh atau mil penuh bagi tepung gandum, tepung beras, beras atau bijian;
(b)
60% atau lebih bijian penuh atau mil penuh bagi roti; dan
(c)
25% atau 8 g atau lebih bijian penuh atau mil penuh bagi setiap hidangan bagi hasil lain.
(11)
Hendaklah ditulis pada label perkataan “bijian penuh” atau
“mil penuh” dan peratus bijian penuh atau mil penuh dalam huruf yang tidak kurang daripada 4 poin.
(12)
Bagi maksud subperaturan (10) dan (11), sebutan tentang
“bijian penuh” atau “mil penuh” ialah sebutan tentang bijirin bijian yang terdiri daripada isirong yang dalam keadaan baik, dikisar, dikisar halus, dihancurkan atau dipecahkan selepas dibuang bahagian yang tidak boleh dimakan.”.
P.U. (A) 209 7
Pindaan peraturan 18A