Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Peraturan 18A Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dengan memasukkan selepas subperaturan (1) subperaturan yang berikut:
“(1A) Akuan yang menonjolkan tiada penambahan gula boleh dimasukkan pada label jika—
(a)
tiada gula daripada apa-apa jenis telah ditambah kepada makanan itu;
(b)
makanan itu tidak mengandungi ramuan yang mengandungi gula sebagai ramuan;
(c)
makanan itu tidak mengandungi ramuan yang mengandungi gula yang menggantikan gula yang ditambah; dan
(d)
kandungan gula dalam makanan itu sendiri tidak meningkat melebihi kadar yang disumbangkan oleh ramuan makanan itu dengan apa-apa jua cara.
(1B)
Jika suatu akuan tiada penambahan gula dibuat bagi apa-apa makanan, kandungan gula yang berlaku secara semula jadi dalam makanan itu hendaklah dinyatakan dalam 100 g atau dalam 100 ml bagi setiap hidangan.
(1C)
Bagi maksud peraturan ini,
“gula”
termasuk semua monosakarida dan disakarida yang ditambah.”; dan
P.U. (A) 209 8
(b)
dengan memasukkan selepas subperaturan (2) subperaturan yang berikut:
“(2A) Akuan yang menonjolkan tiada penambahan garam natrium, termasuk “tiada garam ditambah” boleh dimasukkan pada label jika—
(a)
makanan itu tidak mengandungi garam natrium yang ditambah;
(b)
makanan itu tidak mengandungi ramuan yang mengandungi garam natrium yang ditambah; dan
(c)
ramuan yang mengandungi garam natrium yang berfungsi sebagai pengganti garam yang ditambah tidak digunakan dalam makanan itu.”.
Pindaan peraturan 18B