Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2020

Seksyen 6

Peraturan 18B Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan subperaturan

(2)

dengan subperaturan yang berikut:

“(2)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam

Peraturan-Peraturan ini, kandungan nutrien yang berhubungan dengan makanan hendaklah diperuntukkan bagi semua hasil yang dinyatakan dalam peraturan 63 hingga 75, 84 hingga 87, 89 hingga 113, 116, 134B, 135,

146 hingga 152, 157 hingga 170, 177, 185 hingga 207, 214 hingga 221,

223 hingga 224, 226 hingga 242, 246 hingga 249, 252 hingga 259, 269A,

279 hingga 282, 339 hingga 358, 360D dan 360E.”;

(b)

dalam subperaturan (3)—

(i)

dengan memotong perkataan “dan" di hujung perenggan (a);

P.U. (A) 209 9

(ii)

dengan menggantikan perenggan

(b)

dengan perenggan yang berikut:

“(b)

jumlah protein, karbohidrat yang sedia ada

(karbohidrat yang tidak termasuk serabut diet), jumlah gula dan lemak, dinyatakan dalam g bagi setiap 100 g atau bagi setiap 100 ml atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap satu hidangan sebagaimana yang dinyatakan pada label; dan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan

(b)

perenggan yang berikut;

“(c)

jumlah natrium yang dinyatakan dalam miligram bagi setiap 100 g atau bagi setiap 100 ml atau bagi setiap bungkusan jika bungkusan itu mengandungi hanya satu bahagian dan bagi setiap hidangan sebagaimana yang dinyatakan pada label.”;

(c)

dengan memasukkan selepas subperaturan

(4A)

subperaturan yang berikut:

“(4B) Bagi maksud peraturan ini, sebutan tentang “serabut diet”

ertinya polimer karbohidrat dengan tiga atau lebih unit monomerik, yang tidak mengalami proses hidrolisis oleh enzim endogen dalam usus kecil manusia dan bagi yang diperoleh daripada tumbuhan, serabut diet boleh mengandungi bahagian kecil lignin atau sebatian lain yang berkaitan dengan polisakarida dalam dinding sel tumbuhan.

P.U. (A) 209 10

(4C)

Dalam peraturan ini, “serabut diet” termasuklah kategori yang berikut:

(a)

polimer karbohidrat yang boleh dimakan yang terhasil secara semula jadi dalam makanan yang dimakan;

(b)

polimer karbohidrat yang telah diperoleh daripada makanan mentah secara fizikal, melalui proses enzimatik atau secara kimia dan yang telah terbukti mempunyai kesan fisiologi yang bermanfaat kepada kesihatan; atau

(c)

polimer karbohidrat sintetik yang telah terbukti mempunyai kesan fisiologi yang bermanfaat kepada kesihatan.”;

(d)

dengan memotong perenggan (9)(aa);

(e)

dengan menggantikan subperaturan

(11)

dengan subperaturan yang berikut:

“(11) Jika maklumat angka mengenai vitamin dan mineral telah dinyatakan sebagai peratusan Nilai Rujukan Nutrien (NRN),

Nilai Rujukan Nutrien (NRN) yang berikut hendaklah digunakan bagi maksud pelabelan:

Nilai Rujukan Nutrien (NRN)

Komponen

Nilai Rujukan Nutrien (NRN)

Vitamin A

800 mikrogram RE

Vitamin D

15 mikrogram

Vitamin C

100 miligram

Vitamin E

10 miligram

P.U. (A) 209 11

(f)

dalam subperaturan (12)—

(a)

dengan memotong perkataan “dan natrium,”; dan

(b)

dalam perenggan (a), dengan memotong perkataan “dan natrium”.

Vitamin K

60 mikrogram

Tiamina 1.2 miligram

Riboflavin 1.2 miligram

Niasin 15 miligram NE

Vitamin B6 1.3 miligram

Folat 400 mikrogram DFE

Vitamin B12 2.4 mikrogram

Panthotenate 5 miligram

Biotin 30 mikrogram

Kalsium 1,000 miligram

Magnesium 310 miligram

Zat Besi 14 miligram

Zink 11 miligram

Iodin 150 mikrogram

Kuprum 900 mikrogram

Selenium 60 mikrogram

Mangan 3 miligram

Molibdenum 45 mikrogram

Fosforus 700 miligram

Kolina 550 miligram

Protein 50 gram

Karbohidrat 300 gram

Lemak 67 gram

Tenaga 2,000 kilokalori”; dan

P.U. (A) 209 12

Pindaan peraturan 18C

Section 6 — PERATURAN-PERATURAN MAKANAN (PINDAAN) (NO. 4) 2020