Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN MATA WANG (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020

Seksyen 3

(1)

Apabila menerima apa-apa maklumat atau aduan bahawa suatu kesalahan yang boleh dikompaun telah dilakukan, Gabenor boleh mengeluarkan suatu tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dalam Borang MW 2 Jadual Kedua.

(2)

Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah bagi tempoh tiga puluh hari atau apa-apa masa lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Gabenor dan jika pembayaran penuh bagi jumlah yang ditawarkan itu dibuat pada atau sebelum habis tempoh tiga puluh hari atau apa-apa masa lanjutan sebagaimana yang diberikan oleh Gabenor, tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang yang telah melakukan kesalahan itu.

P.U. (A) 287 3

Penyetujuterimaan kompaun

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN MATA WANG (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) 2020