Skip to content

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

of Peraturan-Peraturan Mata Wang (Pengkompaunan Kesalahan) 2020

P.U. (A)In forceProvision 5 of 6
Seksyen 5

(1)

Jika suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan disetuju terima oleh orang yang kepadanya tawaran itu dibuat, dia hendaklah membayar kompaun itu dengan mendepositkan bayaran kompaun ke dalam akaun yang dinyatakan dalam

Borang MW 2 Jadual Kedua melalui mana-mana bank berlesen di Malaysia.

(2)

Selepas orang yang kepadanya tawaran itu dibuat membayar kompaun di bawah subperaturan (1), dia hendaklah mengemukakan Borang MW 3 Jadual Kedua bersama-sama dengan bukti pembayaran kompaun itu kepada Gabenor.

(3)

Gabenor hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi untuk tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah subperaturan (1) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu dibuat.