Malaysia legislation

Section 11

of PERATURAN-PERATURAN OPTIK (PINDAAN) 2025

Seksyen 11

(1)

Sekiranya selepas keputusan diambil oleh Pengerusi tentang apa-apa bantahan yang telah dibuat, bilangan calon yang dinamakan melebihi bilangan kekosongan jawatan yang dipilih,

Pengerusi hendaklah menyebabkan supaya dihantar melalui pos atau secara penyampaian ke diri atau mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis kepada tiap-tiap juruoptik atau optometris berdaftar yang memegang perakuan amalan tahunan yang sah dan layak untuk mengundi dalam pemilihan itu—

(a)

suatu kertas undi dalam Borang 2 Jadual bagi juruoptik dan

Borang 3

Jadual bagi optometris yang hendaklah mengandungi nombor siri kertas undi, nama dan kelulusan akademik calon, dan tarikh dan masa pemilihan itu akan tutup;

(b)

suatu sampul surat bertanda “Sampul surat A”

bagi juruoptik berdaftar dalam Borang 4

Jadual yang hendaklah mengandungi suatu ruangan bagi nama dan tandatangan saksi;

(c)

suatu sampul surat bertanda “Sampul surat B”

bagi optometris berdaftar dalam Borang 4

Jadual yang hendaklah mengandungi suatu ruangan bagi nama dan tandatangan saksi; dan

P.U. (A) 212 4

(d)

suatu sampul surat bertanda “Sampul surat C”

dalam Borang 4 Jadual yang hendaklah mengandungi nama Pengerusi dan alamatnya di mana kertas undi akan diterima olehnya.

(2)

Juruoptik atau optometris berdaftar boleh meminta

Pengerusi untuk menghantar semula kepadanya suatu kertas undi atau sampul surat baharu jika juruoptik atau optometris berdaftar itu—

(a)

tidak menerima kertas undi atau sampul surat;

(b)

telah menghilangkan kertas undi atau sampul surat yang diterima; atau

(c)

telah merosakkan kertas undi atau sampul surat dengan tidak sengaja.

(3)

Permintaan bagi kertas undi atau sampul surat baharu di bawah subperaturan (2) hendaklah dibuat tidak lewat daripada empat belas hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi penutupan penerimaan kertas undi dan apa-apa permintaan yang diterima selepas tempoh itu tidak boleh diambil kira.

(4)

Permintaan di bawah subperaturan (2) hendaklah disertakan dengan suatu akuan berkanun di bawah Akta Akuan

Berkanun 1960 [Akta 783] oleh juruoptik atau optometris berdaftar yang disebut dalam subperaturan (2) yang mengesahkan bahawa telah berlakunya hal keadaan dalam perenggan (2)(a), (b)

atau (c).

P.U. (A) 212 5

(5)

Jika suatu kertas undi atau sampul surat baharu telah dihantar semula kepada juruoptik atau optometris berdaftar menurut subperaturan (2), suatu rekod hendaklah dibuat di bawah nama juruoptik atau optometris berdaftar itu.

(6)

Apabila menerima sampul surat yang mengandungi kertas undi daripada pengamal, Pengerusi hendaklah mengendors pada luar sampul surat tarikh dan masa penerimaannya.”.

Pindaan peraturan 16 5.

Perenggan 16(d) Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “yang hilang kelayakan untuk mengundi kerana sesuatu sebab” dengan perkataan “yang hilang kelayakan mengundi atas sebab tidak memegang suatu perakuan amalan tahunan yang sah”.

Pindaan peraturan 27 6.

Peraturan 27 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dalam subperaturan (1), dengan menggantikan perkataan “dua ratus ringgit” dengan perkataan “lima ratus ringgit”; dan

(b)

dalam subperaturan (2), dengan menggantikan perkataan “tujuh ratus ringgit” dengan perkataan “satu ribu lima ratus ringgit”.

Pindaan Jadual 7.

Jadual kepada Peraturan-Peraturan ibu dipinda—

(a)

dengan menggantikan Borang 1 dengan borang yang berikut:

P.U. (A) 212 6

“Borang 1

(Peraturan 6)

PENAMAAN CALON BAGI JAWATAN: * JURUOPTIK BERDAFTAR/OPTOMETRIS

BERDAFTAR

* Sila potong mana-mana yang tidak berkenaan

Penamaan yang diterima selepas .......................................................... tidak akan diterima oleh Pengerusi Majlis Optik Malaysia.

Calon

Pencadang

Penyokong

Tandatangan calon

(menandakan persetujuan)

Section 11 — PERATURAN-PERATURAN OPTIK (PINDAAN) 2025