Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) (ASEAN) 2017

Seksyen 10

ASEAN

Seseorang yang sedang melaksanakan suatu misi bagi pihak ASEAN hendaklah mempunyai semua atau mana-mana keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual Kelima kepada Akta.

Penepian 11.

(1)

Negara-Negara Anggota ASEAN hendaklah mempunyai hak untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada ASEAN daripada apa-apa proses undang-undang selain pelaksanaannya.

P.U. (A) 38 5

(2)

Sesuatu Negara Anggota ASEAN hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada—

(a)

seseorang pegawai tinggi; dan

(b)

seseorang (yang bukan pegawai tinggi) yang memegang jawatan dalam mana-mana Organ ASEAN, jika, pada pendapat Negara Anggota ASEAN itu, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan ASEAN.

(3)

Sesuatu Negara Anggota ASEAN selain Malaysia atau pihak berkuasa yang berkenaan bagi suatu organisasi antarabangsa yang lain atau suatu organisasi seberang laut hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada seseorang yang ditauliahkan kepada, atau yang hadir di suatu persidangan antarabangsa yang diadakan oleh, ASEAN sebagai wakil—

(a)

Negara Anggota ASEAN itu;

(b)

organisasi antarabangsa itu; atau

(c)

organisasi seberang laut itu, jika, pada pendapat Negara Anggota ASEAN atau pihak berkuasa yang berkenaan itu, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan maksud yang baginya kekebalan itu diberikan.

(4)

Setiausaha Agong ASEAN hendaklah mempunyai hak dan kewajipan untuk mengetepikan kekebalan yang diberikan kepada mana-mana anggota kakitangan

Sekretariat ASEAN, atau seseorang yang sedang melaksanakan suatu misi bagi pihak

ASEAN, jika, pada pendapat Setiausaha Agong ASEAN, kekebalan itu akan menghalang proses keadilan dan boleh diketepikan tanpa menjejaskan kepentingan ASEAN.

P.U. (A) 38 6

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN ORGANISASI ANTARABANGSA (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) (ASEAN) 2017