Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
(1)
Dalam Bahagian ini—
“akaun sekuriti” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam subseksyen 2(1)
Akta
Perindustrian
Sekuriti
(Depositori Pusat) 1991 [Akta 453];
“hari pasaran” ertinya hari bursa saham atau bursa derivatif dibuka untuk dagangan;
“transaksi” ertinya mana-mana transaksi untuk menjual atau membeli sekuriti yang dibuat oleh seseorang pemegang lesen Pasaran
Modal dan Perkhidmatan sebagai prinsipal atau bagi pihak orang lain;
(2)
Suatu sebutan dalam Bahagian ini kepada suatu pemegang lesen Pasaran
Modal dan Perkhidmatan yang berniaga dalam sekuriti atau membuat sesuatu transaksi sebagai prinsipal termasuklah sebutan kepada seseorang yang—
P.U. (A) 474 3
(a)
berniaga dalam sekuriti atau membuat sesuatu transaksi bagi pihak orang yang bersekutu dengannya;
(b)
berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu pertubuhan perbadanan yang ia mempunyai suatu kepentingan mengawal; atau
(c)
menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti bagi pihak suatu pertubuhan perbadanan yang kepentingannya dan kepentingan pengarahnya menjadi suatu kepentingan mengawal.
(3)
Bagi maksud subperaturan (2), seseorang tidak bersekutu dengan mana-mana orang lain hanya disebabkan orang itu ialah pengarah suatu pertubuhan perbadanan yang orang yang satu lagi itu ialah juga pengarah, sama ada atau tidak pertubuhan perbadanan tersebut menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti.
Nota kontrak yang dikeluarkan oleh seorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif terselaras