Malaysia legislation

Section 4

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN 2012

Seksyen 4

(1)

Pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti hendaklah, tidak lewat daripada berakhirnya hari pasaran berikutnya selepas transaksi itu dibuat, memberikan suatu nota kontrak yang mematuhi peraturan ini dalam hal yang berkenaan dengan transaksi itu.

(2)

Nota kontrak yang diberikan oleh pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti itu hendaklah termasuk maklumat yang berikut

(a)

nama dan alamat tempat utusan utama pemegang lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal itu;

(b)

nama bursa saham yang pemegang lesen Perkhidmatan Pasaran

Modal itu adalah suatu organisasi peserta;

(c)

nama dan alamat klien itu;

(d)

tarikh transaksi itu;

(e)

nombor akaun klien itu;

P.U. (A) 474 7

(f)

nombor akaun sekuriti yang berkaitan dengan transaksi itu, jika berkenaan;

(g)

pernyataan yang menyatakan bahawa transaksi dalam nota kontrak yang telah dikeluarkan itu hendaklah tertakluk kepada kaedah-kaedah bursa saham yang berkenaan;

(h)

nombor rujukan nota kontrak itu;

(i)

nama, atau apa-apa jenis pengenalpastian lain bagi identiti wakil pemegang lesen itu yang mengendalikan akaun klien itu;

(j)

berkenaan dengan suatu transaksi yang pemegang Lesen

Perkhidmatan Pasaran Modal itu mewakili seseorang yang bukan pemegang lesen, pernyataan sama ada dia bertindak sebagai seorang prinsipal dalam transaksi itu;

(k)

berkenaan dengan transaksi yang bukan dalam perjalanan urusan biasa pasaran saham suatu bursa saham, suatu pernyataan bagi maksud itu;

(l)

kuantiti dan perihalan sekuriti yang telah diurusniagakan;

(m)

harga per unit sekuriti itu;

(n)

jumlah balasan bagi transaksi itu;

(o)

butiran rujukan kepada sekuriti itu seperti nombor kod yang sekuriti itu dikenalpasti oleh suatu bursa saham;

(p)

suatu pernyataan sama ada harga yang telah dibayar untuk transaksi itu termasuk atau tidak termasuk faedah bagi apa-apa

P.U. (A) 474 8

tindakan korporat yang disertakan bersama transaksi itu, seperti bayaran dividen, terbitan hak atau terbitan bonus;

(q)

kadar dan amaun komisen yang dikenakan;

(r)

amaun duti setem yang kena dibayar;

(s)

tarikh penghantaran sekuriti dan penyelesaiannya;

(t)

fi lain yang dikenakan, sekiranya ada; dan

(u)

berkenaan dengan sekuriti bukan ekuiti yang mempunyai tarikh matang atau tarikh tamat tempoh, tarikh matang atau tarikh tamat tempoh sekuriti itu.

(3)

Suatu nota kontrak boleh mengandungi butiran lebih daripada satu transaksi yang telah diurusniagakan dalam satu hari pasaran berhubungan dengan seseorang klien dan sekiranya demikian, yang berikut adalah terpakai:

(a)

hendaklah terdapat huraian butir-butir di bawah perenggan 2(i),

(j)

, (k), (l), (m), (n), (o), (p), (q), (r), (s) dan (t) bagi setiap transaksi;

dan

(b)

hendaklah terdapat suatu pernyataan yang bermaksud bahawa ketidaksahan mana-mana satu transaksi bagi apa-apa alasan jua hendaklah tidak beroperasi untuk menidaksahkan semua transaksi lain yang direkodkan dalam nota kontrak itu.

(4)

Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan

Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam sekuriti, tidak boleh memasukkan dalam suatu nota kontrak yang telah dikeluarkan di bawah peraturan ini suatu nama yang dia ketahui atau semunasabahnya dijangkakan untuk dia untuk mengetahui adalah bukan nama yang klien itu kebiasaannya dikenali.

P.U. (A) 474 9

Nota kontrak elektronik