Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
Rekod dagangan
(1)
Seseorang pemegang Lesen Perkhidmatan
Pasaran Modal yang menjalankan urusan berniaga dalam derivatif terselaras hendaklah menyimpan rekod yang merekodkan dan menerangkan dengan betul urusan berniaga dalam derivatif terselaras oleh pemegang lesen itu bagi akaunnya sendiri.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subperaturan (1) dan subseksyen 104(7)
Akta, pemegang lesen itu hendaklah menyimpan rekod butir-butir yang disebut dalam subperaturan (1) mengikut kaedah-kaedah bursa derivatif.
(3)
Rekod itu hendaklah dipegang simpan untuk tempoh lima tahun kecuali rekod yang disimpan dalam bentuk pita audio magnet yang tempoh simpanannya hendaklah ditentukan mengikut kaedah-kaedah bursa derivatif.