Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (DANA PAMPASAN PASARAN MODAL) 2012

Seksyen 5

Dalam tempoh tiga bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan,

Perbadanan hendaklah menyediakan dan menyerahkan suatu laporan pengawalseliaan secara bertulis kepada Suruhanjaya, berkenaan yang berikut:

(a)

jika Perbadanan melabur apa-apa wang yang membentuk sebahagian daripada Dana—

(i)

butir-butir institusi berlesen yang dengannya deposit tetap atau apa-apa jenis pelaburan atau penempatan itu dibuat;

(ii)

kadar atau kadar-kadar faedah berkaitan yang dibayar bagi deposit tetap atau pelaburan atau penempatan itu bagi tahun kewangan itu;

(iii)

jumlah faedah atau keuntungan yang diperoleh daripada deposit tetap atau pelaburan atau penempatan bagi tahun kewangan itu;

(iv)

cara dan masa pembayaran suatu faedah, keuntungan atau lain-lain bentuk pendapatan yang lain;

(v)

sekuriti yang telah dilaburkan oleh Perbadanan;

(vi)

kenaikan atau susut nilai pelaburan yang dipegang;

4

(vii)

dividen yang diisytiharkan dan yang dibayar berkenaan dengan sekuriti itu; dan

(b)

jumlah yang akan dikenakan untuk memenuhi perbelanjaan yang ditanggung atau yang terlibat dalam pentadbiran Dana.

Rayuan kepada Suruhanjaya

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (DANA PAMPASAN PASARAN MODAL) 2012