Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (DANA PAMPASAN PASARAN MODAL) (CARUMAN) 2012

Seksyen 5

(1)

Perbadanan hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada

Suruhanjaya apa-apa kegagalan untuk membuat caruman kepada Dana seperti yang telah ditentukan dalam Jadual 1.

(2)

Sekiranya orang yang berkaitan gagal untuk membuat caruman kepada

Dana, ia hendaklah disifatkan sebagai pelanggaran syarat pelesenan oleh orang yang berkaitan itu dan Suruhanjaya boleh mengambil tindakan terhadap orang yang berkaitan itu.

(3)

Apa-apa caruman yang terhutang kepada Perbadanan oleh mana-mana orang yang berkaitan boleh didakwa dan didapatkan kembali sebagai suatu hutang kontraktual.

4

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (DANA PAMPASAN PASARAN MODAL) (CARUMAN) 2012