Malaysia legislation
Section 2
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2025
Seksyen 2
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (3), semua fi yang dibayar menurut
Peraturan-Peraturan ini tidak boleh dibayar balik.
(2)
Melainkan jika diperuntukkan secara khusus dalam Peraturan-Peraturan ini, fi yang kena dibayar bagi—
(a)
apa-apa permohonan kepada Suruhanjaya ialah RM2,000.00; dan
(b)
apa-apa pendepositan atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan, atau pendaftaran suatu dokumen oleh, atau pengemukaan suatu dokumen kepada, Suruhanjaya, ialah RM3,000.00.
(3)
Suruhanjaya boleh, atas suatu permohonan atau atas inisiatifnya sendiri, mengurangkan, mengetepikan atau membayar balik apa-apa fi yang kena dibayar oleh mana-mana orang atau kelas orang tertakluk kepada terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
P.U. (A) 475 3
Fi bagi tindakan Suruhanjaya