Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2025

Seksyen 3

(1)

Melainkan jika ditentukan sebaliknya oleh Suruhanjaya, fi yang kena dibayar kepada Suruhanjaya di bawah Peraturan-Peraturan ini berkenaan dengan pendepositan atau penyerahsimpanan suatu dokumen dengan, atau pendaftaran suatu dokumen oleh, Suruhanjaya, atau berkenaan dengan apa-apa permohonan bagi lesen, pendaftaran, kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah dibayar pada masa dokumen itu dihantar serah kepada

Suruhanjaya bagi pendepositan, penyerahsimpanan atau pendaftaran atau pada masa permohonan bagi lesen, pendaftaran, kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan itu dikemukakan kepada Suruhanjaya.

(2)

Jika suatu fi tidak dibayar mengikut cara yang dinyatakan dalam subperaturan (1)—

(a)

apa-apa dokumen yang dihantar serah kepada Suruhanjaya hendaklah disifatkan tidak didepositkan, diserah simpan atau dikemukakan bagi pendaftaran; atau

(b)

apa-apa permohonan bagi lesen, pendaftaran, kelulusan, kebenaran atau pengiktirafan yang dikemukakan kepada Suruhanjaya hendaklah disifatkan tidak dikemukakan oleh pemohon.

Fi yang kena dibayar berkenaan dengan bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan, syarikat pemegangan bursa dan pengendali pasaran diiktiraf 4.

Fi yang kena dibayar berkenaan dengan suatu—

(a)

bursa saham, bursa derivatif, pusat penjelasan dan syarikat pemegangan bursa adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual 1; dan

(b)

pengendali pasaran diiktiraf adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (FI) 2025