Malaysia legislation

Section 10

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 10

Penyedia skim persaraan swasta yang diluluskan di bawah seksyen 139Q Akta hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:

(a)

pada setiap masa menjalankan kuasanya bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati untuk kepentingan yang terbaik bagi anggota secara keseluruhannya;

(b)

menjalankan tahap ketelitian dan ketekunan yang orang yang waras akan lakukan jika dia berada di kedudukan penyedia skim persaraan swasta;

(c)

dalam melaksanakan fungsi dan pengurusan dan operasi skim persaraan swasta itu, bertindak mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(d)

memberikan keutamaan kepada kepentingan anggota secara keseluruhan melebihi kepentingannya sendiri dalam hal keadaan terdapat percanggahan kepentingan anggota secara keseluruhan dangan kepentingannya sendiri;

(e)

menyimpan rekod semua transaksi yang berhubungan dengan skim persaraan swasta dan memastikan bahawa semua akaun dan rekod yang disimpan adalah lengkap dan tepat;

(f)

menyediakan semua rekod kewangan atau buku lain mengenai skim persaraan swasta itu untuk pemeriksaan oleh—

(i)

pemegang amanah skim;

P.U. (A) 77 12

(ii)

seseorang pegawai atau pekerja pemegang amanah skim yang diberi kuasa oleh pemegang amanah skim itu untuk membuat pemeriksaan; atau

(iii)

seseorang juruaudit yang dilantik oleh pemegang amanah skim itu untuk melaksanakan pemeriksaan, dan memberikan kepada orang yang melaksanakan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penjelasan atau bantuan lain yang diperlukan berhubung dengan rekod itu;

(g)

memberikan satu salinan surat ikatan kepada seorang anggota atas permintaan bagi satu salinan surat ikatan itu dan setelah pembayaran suatu jumlah yang munasabah yang dikenakan oleh penyedia skim persaraan swasta itu;

(h)

menyediakan untuk pemeriksaan satu salinan surat ikatan tanpa bayaran kepada mana-mana orang awam;

(i)

tidak bertindak sebagai prinsipal dalam jual beli sekuriti, derivatif, harta atau aset kepada dan daripada skim persaraan swasta itu melainkan jika dinyatakan selainnya oleh Suruhanjaya;

(j)

tidak menyalahgunakan kedudukannya dalam menguruskan skim persaraan swasta untuk meraih secara langsung atau tidak langsung, kebaikan untuk dirinya atau untuk orang lain atau menjejaskan kepentingan anggota skim persaraan swasta itu;

(k)

tidak melabur mana-mana wang yang terdapat di bawah surat ikatan dalam apa-apa sekuriti, derivatif, harta atau aset yang atau daripadanya penyedia skim persaraan swasta itu atau mana-mana daripada pegawainya mendapat faedah tanpa mendapat kebenaran terdahulu pemegang amanah skim; dan

P.U. (A) 77 13

(l)

menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.

Kewajipan penyedia skim persaraan swasta berhubung dengan laporan tahunan, penyata dsb.

Section 10 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012