Malaysia legislation
Section 11
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 11
(1)
Penyedia skim persaraan swasta hendaklah menyediakan dan menyerah simpan dengan Suruhanjaya—
(a)
suatu laporan tahunan skim persaraan swasta dalam masa dua bulan selepas tamat tahun kewangan skim persaraan swasta itu;
dan
(b)
suatu laporan tahunan penyedia skim persaraan swasta dalam masa enam bulan selepas tamat setiap tahun kewangan penyedia skim persaraan swasta itu, yang mengandungi apa-apa maklumat dan mengikut cara, sebagaimana yang dinyatakan dalam mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.
(2)
Penyedia skim persaraan swasta hendaklah menyerahkan satu salinan dokumen yang dinyatakan dalam perenggan (1)(a) kepada tiap-tiap anggota skim persaraan swasta itu tanpa bayaran dalam masa dua bulan selepas tamat setiap tahun kewangan skim persaraan swasta itu.
(3)
Jika anggota meminta—
(a)
apa-apa salinan tambahan dokumen yang disebut dalam subperaturan (2); atau
(b)
dokumen yang disebut dalam perenggan (1)(b), penyedia skim persaraan swasta hendaklah menyerahkan kepada anggota itu dokumen yang diminta dalam masa dua bulan selepas permintaan itu diterima dan
P.U. (A) 77 14
setelah pembayaran suatu jumlah yang munasabah sebagaimana yang ditentukan oleh penyedia skim persaraan swasta itu.
(4)
Penyedia skim persaraan swasta hendaklah memastikan bahawa semua penyata kewangan yang berhubungan dengan skim persaraan swasta itu mematuhi standard perakaunan yang diluluskan.