Malaysia legislation
Section 12
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 12
(1)
Seseorang pemegang amanah skim yang diluluskan di bawah seksyen 139ZC Akta hendaklah mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang berikut:
(a)
pada setiap masa menjalankan kuasanya bagi maksud yang sepatutnya dan dengan suci hati untuk kepentingan yang terbaik bagi anggota secara keseluruhannya;
(b)
menjalankan tahap ketelitian dan ketekunan yang orang yang waras akan lakukan jika dia berada di kedudukan penyedia skim persaraan swasta;
(c)
menjaga dan mengawal segala sekuriti, derivatif, harta dan aset suatu skim persaraan swasta dan memegangnya atas amanah untuk anggota mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;
(d)
dalam menjalankan fungsinya dan pengurusan semua sekuriti, derivatif, harta dan aset suatu skim persaraan swasta di bawah jagaan dan kawalannya, bertindak mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;
P.U. (A) 77 15
(e)
menyimpan rekod semua transaksi yang berhubungan dengan skim persaraan swasta dan memastikan bahawa semua akaun dan rekod yang disimpan adalah lengkap dan tepat;
(f)
memastikan bahawa peruntukan dalam dokumen penzahiran yang berhubungan dengan skim persaraan swasta tidak mengandungi apa-apa perkara yang tidak selaras dengan peruntukan dan waad surat ikatan;
(g)
menjalankan ketekunan yang sewajarnya untuk memastikan sama ada penyedia skim persaraan swasta telah memungkiri mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan atau melanggar mana-mana peruntukan dalam Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;
(h)
melakukan segala-galanya dalam kuasanya bagi memastikan bahawa penyedia skim persaraan swasta meremedi mana-mana kemungkiran yang diketahui oleh pemegang amanah skim terhadap peruntukan atau waad surat ikatan, apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;
(i)
memberikan kepada anggota suatu pernyataan yang menjelaskan kesan mengenai apa-apa cadangan yang dikemukakan kepada anggota sebelum mana-mana mesyuarat yang—
(i)
diperintahkan oleh mahkamah berhubung dengan skim perkiraan atau kompromi di bawah subseksyen 176(1)
Akta Syarikat 1965 [Akta 125]; atau
(ii)
dipanggil oleh pemegang amanah skim di bawah peraturan 21;
P.U. (A) 77 16
(j)
mematuhi apa-apa arahan yang diberikan kepada pemegang amanah skim dalam mesyuarat anggota yang disebut dalam peraturan 20, 21 atau 22 melainkan jika—
(i)
arahan itu tidak selaras dengan mana-mana peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau selainnya boleh dibantah; dan
(ii)
pemegang amanah skim telah sama ada memperoleh, atau dalam proses untuk memperoleh, suatu perintah daripada mahkamah di bawah peraturan 23 untuk mengetepikan atau mengubah arahan itu; dan
(k)
menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.
(2)
Kewajipan dan tanggungjawab pemegang amanah skim sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta, Peraturan-Peraturan ini, mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau surat ikatan adalah sebagai tambahan kepada dan bukan pengurangan kewajipan yang selainnya dikenakan ke atas pemegang amanah skim oleh mana-mana undang-undang lain.
(3)
Pemegang amanah skim yang melanggar subperaturan (1) tidak melakukan suatu kesalahan.
Kewajipan pemegang amanah skim untuk memberitahu Suruhanjaya