Malaysia legislation
Section 14
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012
Seksyen 14
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2), suatu peruntukan atau waad yang terkandung dalam suatu surat ikatan atau terma sesuatu kontrak dengan anggota adalah terbatal setakat yang peruntukan, waad atau terma itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mempunyai kesan—
(a)
yang mengecualikan seseorang pemegang amanah skim di bawah surat ikatan itu daripada tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau kerana
P.U. (A) 77 18
pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki sebagai seorang pemegang amanah skim; atau
(b)
yang menanggung rugi tanggungan seseorang pemegang amanah skim terhadap tanggungan kerana melanggar mana-mana peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya atau kerana pecah amanah atau kerana tidak menunjukkan tahap ketelitian dan ketekunan yang dikehendaki sebagai seorang pemegang amanah skim.
(2)
Subperaturan (1) tidak boleh menidaksahkan—
(a)
apa-apa pelepasan yang selainnya diberikan secara sah berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan oleh seseorang pemegang amanah skim sebelum pelepasan itu diberikan; atau
(b)
mana-mana peruntukan, waad atau terma yang membolehkan pelepasan sedemikian diberikan—
(i)
atas persetujuan suatu resolusi khas yang dipersetujui dalam mesyuarat anggota yang dipanggil bagi maksud itu;
dan
(ii)
sama ada mengenai tindakan atau peninggalan tertentu atau apabila pemegang amanah skim itu terhenti daripada bertindak.
Pemegang amanah skim ditanggung rugi