Skip to content

Seksyen 15

Pemegang amanah skim ditanggung rugi

of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Industri Skim Persaraan Swasta) 2012

P.U. (A)In forceProvision 15 of 26
Seksyen 15

(1)

Seseorang pemegang amanah skim tidak bertanggungan bagi apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan mengikut suatu arahan yang

P.U. (A) 77 19

diberikan kepadanya oleh anggota dalam mana-mana mesyuarat yang dipanggil di bawah peraturan 20, 21 atau 22.

(2)

Seseorang pemegang amanah skim boleh, sebagai tambahan kepada apa-apa hak lain di bawah surat ikatan, mendapatkan bayaran ganti dengan menolak daripada apa-apa wang yang diterima oleh pemegang amanah skim itu daripada suatu penyedia skim persaraan swasta, segala kos yang munasabah yang dilakukan dalam menerangkan kesan mengenai apa-apa cadangan yang dikemukakan kepada anggota dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam perenggan 12(1)(i).