Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 16

Penyedia skim persaraan swasta hendaklah memberitahu Suruhanjaya dan menggantikan pemegang amanah skim dengan pemegang amanah skim yang lain secepat yang dapat dilaksanakan selepas menyedari bahawa—

(a)

pemegang amanah skim itu tidak lagi wujud;

(b)

kelulusan yang diberikan kepada pemegang amanah skim telah ditarik balik di bawah seksyen 139ZE Akta;

(c)

pemegang amanah skim itu telah gagal atau enggan untuk bertindak sebagai pemegang amanah skim mengikut peruntukan atau waad surat ikatan atau peruntukan Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya;

(d)

pemegang amanah skim itu berniat untuk meletakkan jawatan atau bersara yang mana surat ikatan itu tidak mempunyai peruntukan bagi pelantikan pengganti;

(e)

seseorang penerima, penerima dan pengurus atau orang yang setaraf dengannya dilantik bagi keseluruhan atau sebahagian besar daripada aset atau pengusahaan pemegang amanah skim sedia ada itu dan belum berhenti bertindak di bawah pelantikan itu;

P.U. (A) 77 20

(f)

suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah skim sedia ada selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan dengan penyusunan semula itu, pemegang amanah skim yang sedia ada itu menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven; atau

(g)

pemegang amanah skim telah melanggar Akta Syarikat Amanah 1949

[Akta 100], Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208] atau Akta Syarikat 1965.

Section 16 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012