Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini—
of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Industri Skim Persaraan Swasta) 2012
“kumpulan wang” ertinya apa-apa kumpulan wang dalam suatu skim persaraan swasta;
“dokumen penzahiran” ertinya apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh penyedia skim persaraan swasta yang mempelawa caruman kepada skim persaraan swasta itu;
“resolusi khas” ertinya suatu resolusi yang diluluskan oleh majoriti tidak kurang daripada tiga perempat anggota yang mengundi dalam mesyuarat anggota;
“surat ikatan” ertinya apa-apa surat ikatan yang mewujudkan amanah yang mengawal penubuhan dan operasi suatu skim persaraan swasta dan kumpulan wang dalam skim persaraan swasta itu dan termasuk apa-apa surat ikatan tambahan.
P.U. (A) 77 6