Malaysia legislation

Section 5

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 5

(1)

Suatu surat ikatan yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya hanya boleh dipinda dengan surat ikatan tambahan.

(2)

Surat ikatan tambahan itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika ia didaftarkan dengan Suruhanjaya.

(3)

Suatu surat ikatan tambahan yang dikemukakan untuk pendaftaran hendaklah disertai dengan—

(a)

suatu resolusi khas yang diluluskan dalam mesyuarat anggota skim persaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika pengubahsuaian kepada surat ikatan menjejaskan secara material kepentingan anggota; atau

(b)

suatu pernyataan daripada pemegang amanah skim dan penyedia skim persaraan swasta itu yang memperakukan bahawa—

(i)

pengubahsuaian kepada surat ikatan itu tidak menjejaskan secara material kepentingan anggota dan tidak mempunyai kesan yang boleh melepaskan pemegang amanah skim atau penyedia skim persaraan swasta daripada apa-apa tanggungjawab kepada anggota; dan

(ii)

notis pengubahsuaian telah terlebih dahulu diberikan kepada anggota skim persaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Walau apapun perenggan (3)(b), Suruhanjaya boleh menghendaki penyedia skim persaraan swasta itu untuk mendapatkan suatu resolusi khas di bawah

P.U. (A) 77 8

perenggan (3)(a) jika pada pendapat Suruhanjaya apa-apa pengubahsuaian kepada surat ikatan boleh menjejaskan secara material kepentingan anggota.

(5)

Kehendak di bawah subperaturan (3) tidaklah terpakai jika surat ikatan tambahan yang dikemukakan untuk pendaftaran itu—

(a)

adalah untuk memberi kesan kepada arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya; atau

(b)

adalah berbangkit daripada apa-apa perubahan yang dibuat kepada Akta, Peraturan-Peraturan ini atau mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya.

(6)

Suatu surat ikatan tambahan yang dikemukakan untuk pendaftaran dalam hal keadaan yang diperuntukkan di bawah subperaturan (5) hendaklah disertai dengan suatu pernyataan daripada pemegang amanah skim dan penyedia skim persaraan swasta itu, yang memperakukan bahawa notis pengubahsuaian telah terlebih dahulu diberikan kepada anggota skim persaraan swasta atau kumpulan wang itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

(7)

Suruhanjaya boleh, setelah pengemukaan surat ikatan tambahan itu untuk pendaftaran, mendaftarkan surat ikatan tambahan itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan patut atau enggan untuk mendaftarkan surat ikatan tambahan itu.

Surat ikatan hendaklah diserah simpan dengan Suruhanjaya

Section 5 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012