Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012

Seksyen 8

(1)

Penyedia skim persaraan swasta hendaklah mengeluarkan suatu dokumen penzahiran tambahan atau gantian jika—

(a)

suatu perkara timbul dan maklumat berkenaan perkara itu dikehendaki oleh—

(i)

mana-mana kehendak di bawah Akta;

(ii)

mana-mana kehendak di bawah Peraturan-Peraturan ini;

atau

(iii)

mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya,

P.U. (A) 77 10

untuk dizahirkan dalam dokumen penzahiran itu sekiranya perkara itu timbul pada masa dokumen penzahiran itu disediakan;

(b)

terdapat suatu perubahan yang signifikan yang menyentuh suatu perkara yang dizahirkan dalam dokumen penzahiran itu;

(c)

dokumen penzahiran itu mengandungi suatu pernyataan material atau maklumat yang palsu atau mengelirukan; atau

(d)

dokumen penzahiran itu mengandungi suatu pernyataan atau maklumat yang daripadanya terdapat peninggalan yang material.

(2)

Penyedia skim persaraan swasta hendaklah mengemukakan dokumen penzahiran tambahan atau gantian itu kepada Suruhanjaya untuk pendaftaran.

(3)

Suruhanjaya boleh, setelah pengemukaan dokumen penzahiran tambahan atau gantian itu untuk pendaftaran, mendaftar dokumen penzahiran tambahan atau gantian itu tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang Suruhanjaya fikirkan patut atau enggan untuk mendaftarkan dokumen penzahiran tambahan atau gantian itu.

Dokumen penzahiran hendaklah diserah simpan dengan Suruhanjaya

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) 2012