Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (INDUSTRI SKIM PERSARAAN SWASTA) (PINDAAN) 2022
Seksyen 7
Pindaan peraturan 26
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan subperaturan 26(1) dengan subperaturan yang berikut:
“26.
(1)
Seseorang pemegang amanah majikan yang diluluskan di bawah seksyen 139ZF Akta hendaklah, dalam menjalankan fungsinya dan pengurusan semua sekuriti, derivatif, harta dan aset suatu skim persaraan tajaan majikan di bawah jagaan dan kawalannya—
(a)
bertindak mengikut peruntukan dan waad surat ikatan, peruntukan
Akta,
Peraturan-Peraturan ini dan mana-mana garis panduan yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya; dan
(b)
menjalankan apa-apa kewajipan atau tanggungjawab lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya.”.
Dibuat 11 Januari 2022
[GC(R&R)CMSA-PRSAmendmentRegulations2019-1/2019(135); PN(PU2)662/XIV]
DATUK SYED ZAID ALBAR
Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Diluluskan 19 Januari 2022
[MOF.SID(S)700-1/2/29(SK.2)(4); PN(PU2)662/XIV]
TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ
Menteri Kewangan
5
CAPITAL MARKETS AND SERVICES ACT 2007
CAPITAL MARKETS AND SERVICES (PRIVATE RETIREMENT SCHEME INDUSTRY)
(AMENDMENT) REGULATIONS 2022