Malaysia legislation
Section 15
of PERATURAN-PERATURAN PASARAN MODAL DAN PERKHIDMATAN (PENYELESAIAN PERTIKAIAN) (PINDAAN) 2016
Seksyen 15
“Kerahsiaan
Tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan apa-apa pertikaian atau tuntutan yang dirujuk kepada pertubuhan perbadanan diluluskan boleh mendedahkan maklumat atau dokumen itu melainkan jika—
(a)
pendedahan itu dibuat dengan persetujuan orang yang memberikan maklumat atau dokumen itu;
(b)
pendedahan itu dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta atau
Peraturan-Peraturan ini;
(c)
pendedahan itu dikehendaki atau diarahkan oleh mana-mana mahkamah atau Suruhanjaya;
(d)
pendedahan itu dikehendaki bagi maksud pelaksanaan atau penguatkuasaan suatu award di bawah Peraturan-Peraturan ini;
(e)
pendedahan itu adalah bagi maksud penguatkuasaan apa-apa tindakan sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
P.U. (A) 233 9
(f)
pendedahan itu adalah bagi maksud suatu semakan kehakiman terhadap pertubuhan perbadanan diluluskan itu; atau
(g)
maklumat atau dokumen itu telah berada dalam domain awam.”.
Penggantian Jadual 2 15.
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan Jadual 2 dengan jadual yang berikut:
“JADUAL 2
[Subperaturan 5(2)]
Senarai pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal
Melainkan jika ditentukan selainnya oleh Suruhanjaya, pemegang Lesen
Perkhidmatan Pasaran Modal atau bank Islam dan bank berlesen seperti yang diperuntukkan di bawah Bahagian 1 Jadual 4 kepada Akta bagi aktiviti terkawal yang berikut hendaklah disifatkan sebagai anggota suatu pertubuhan perbadanan diluluskan: