Seksyen 9
Peraturan 8 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Penyelesaian Pertikaian) (Pindaan) 2016
(a)
dengan menggantikan subperaturan (2) dengan subperaturan yang berikut:
“(2)
Suatu pertubuhan perbadanan diluluskan hendaklah dengan serta-merta memberitahu Suruhanjaya—
(a)
tentang apa-apa perkara yang boleh menjejaskan atau
P.U. (A) 233 6
yang berkemungkinan menjejaskan kemampuannya untuk menjalankan kewajipannya yang diperuntukkan di bawah subperaturan (1); dan
(b)
tentang apa-apa pertikaian atau tuntutan—
(i)
yang boleh mengakibatkan penghakisan keyakinan awam terhadap integriti pasaran modal; atau
(ii)
yang melibatkan salah laku yang serius atau pelanggaran undang-undang sekuriti.”; dan
(b)
dalam teks bahasa kebangsaan, dalam subperaturan (3), dengan menggantikan perkataan “is” dengan perkataan “ia”.