Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
of Peraturan-Peraturan Pasaran Modal dan Perkhidmatan (Pinjaman dan Peminjaman Sekuriti) 2012
“Akta” ertinya Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
“pemberi pinjam” ertinya seseorang yang memberi pinjam sekuriti kepada peminjam di bawah transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti;
“peminjam” ertinya seseorang yang meminjam sekuriti daripada pemberi pinjam di bawah transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti;
“sekuriti diberi pinjam” ertinya mana-mana sekuriti yang layak yang telah dihantar serah oleh pemberi pinjam kepada peminjam di bawah suatu transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti;
“sekuriti yang layak” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam kaedah-kaedah pusat penjelasan;
P.U. (A) 7 3
“transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti” ertinya mana-mana transaksi pinjaman dan peminjaman sekuriti yang telah dibuat di bawah kaedah-kaedah bursa saham dan pusat penjelasan.